Site icon TechNave BM

Ciri Lenovo Legion Y90 didedah, miliki dwi-kipas pada bahagian belakang untuk penyejukan

Lenovo nampaknya sedang melipatgandakan usaha mereka tahun ini. Baru-baru ini, salah satu sumber telah mendedahkan telefon pintar gaming kedua yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun ini. Ia adalah peranti dengan kemasan ringkas tetapi nampak menarik. Namun, tumpuan Legion Y90 kali ini ialah sistem penyejukan udara yang berkuasa.

Dalam kiriman Weibo terbaharunya, Lenovo menyiarkan video yang mengacah sistem penyejukan yang terdapat pada Legion Y90. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar gaming yang lain, Legion Y90 mempunyai dua kipas penyejuk aktif di dalam untuk memastikan komponen terasnya sentiasa dalam suhu yang baik.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2022/01/gsmarena_v001.mp4

Lenovo mendakwa bahawa sistem itu boleh berfungsi sehingga 180.65cm³/s aliran udara yang merupakan satu jumlah yang banyak untuk peranti mudah alih. Dalam berita berkaitan, Lenovo Legion Y90 akan tersedia dalam enam warna berbeza. Menurut Evan Blass, nama rasmi telefon tersebut ialah Legion Phone 3 dan terdapat dua varian iaitu Elite dan Pro.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Legion Phone 3 Pro akan menjadi varian dengan RAM 18GB (+4GB RAM maya) dan 512GB storan UFS 3.1 (+128GB SSD). Melihat kepada ciri ini, sistem penyejukan udara bagi telefon ini sepatutnya cekap. Namun, jika habuk berkumpul pada ruang udara tentu akan mengakibatkan masalah lain.

Adakah anda rasa penyejuk dwi-kipas baharu ini lebih baik atau patutkah Lenovo kekal kepada penyejukan cecair? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo & evleaks

Exit mobile version