Site icon TechNave BM

Ciri terbaharu Truecaller akan menjawab panggilan telefon dengan suara anda kelak

Enam tahun yang lalu, Google Duplex telah ditunjukkan sebagai pembantu maya yang boleh membuat panggilan telefon bagi pihak pemilik dan diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat selama lebih daripada setengah dekad.

Namun, ciri ini tidak diberikan kepada pengguna lain seperti yang dijanjikan oleh Google. Kini, Truecaller mengumumkan bahawa aplikasi mereka akan dapat menjawab panggilan telefon bagi pihak pemilik menggunakan suara sebenar mereka. Ciri ini dinamakan Personal Voice.

Truecaller akan bekerjasama dengan Microsoft Azure AI Speech untuk merealisasikan ciri yang hanya mampu ditawarkan oleh Duplex. Selain itu, anda boleh mengakses Personal Voicei melalui Pembantu AI dan kemudian melatih model AI dengan membaca beberapa baris perkataan yang disediakan oleh aplikasi.

Selepas dilatih, ia akan menjadi pengganti suara kepada pemilik dan menjawab telefon apabila diperlukan. Sepanjang masa transkrip akan dipaparkan pada skrin telefon supaya pemilik boleh membuat pilihan untuk menjawab panggilan penting. Untuk makluman anda, ciri ini serupa dengan ciri AI Assistant yang diumumkan pada tahun 2022.

Walau bagaimanapun, ia hanya tersedia di sesetengah negara. Pada masa ini, Truecaller mengatakan Personal Voice diuji oleh beberapa pelanggan terpilih terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara rasmi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TrueCaller

Exit mobile version