Site icon TechNave BM

Ciri tersembunyi ASUS ROG Phone 3: Kadar segar semula 160Hz

ASUS ROG Phone 3 terdahulu telah diumumkan pada peringkat global, namun peminat di Malaysia masih menunggu berita mengenai harga rasmi dan pelancarannya di pasaran Malaysia. Terkini, sumber melaporkan terdapat ciri tersembunyi pada peranti gaming tersebut; anda boleh aktifkan kadar segar semula 160Hz.

Ciri ini tersembunyi pada tetapan kadar segar semula ASUS ROG Phone 3. Individu yang melaporkan perkara ini menemui perintah nyahpepijat (debug command) yang boleh digunakan untuk mengaktifkan kadar segar semula 160Hz. Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah menetapkan Android Debug Bridge pada PC anda untuk mengoperasikan command tersebut.

Command pertama

Kemudian, anda boleh reboot peranti. Setelah peranti hidup semula, anda akan menemui tetapan yang sudah berubah; Settings > Display > Refresh Rate atau pada fail Refresh Rate Quick Settings. Anda akan menemui tetapan kadar segar semula 160Hz disini.

Setelah itu, anda boleh membuka aplikasi ujian kadar segar semula untuk menguji dan melihat tetapan 160Hz. Menurut sumber, penggunaan ASUS ROG Phone 3 dengan skrin 160Hz setakat ini tidak menimbulkan apa-apa masalah.

Apa pun, anda boleh kembali ke tetapan skrin asal dengan memasukkan command kedua pada PC dan reboot peranti tersebut.

Command kedua

Memandangkan mod 160Hz ini masih tidak rasmi, kami berharap agar ASUS boleh menambah baik dan menyokong skrin 160Hz pada kemas kini yang akan datang.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA

Exit mobile version