Site icon TechNave BM

Clubhouse bakal hadir untuk Android! Kerja bangunkan aplikasi untuk Android bermula

Aplikasi Clubhouse memiliki jumlah muat turun secara mendadak sejak beberapa selebriti ikonik dalam bidang teknologi mula menyertainya seperti Elon Musk dan Mark Zuckerberg. Terkini, aplikasi yang kini masih eksklusif untuk pengguna iPhone dilapor sudah memulakan kerja membangunkan aplikasi untuk pengguna Android pula.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Clubhouse, anda boleh membaca mengenainya di pautan biru ini. Sebuah akaun di laman Twitter yang dikenali sebagai pembangun berasaskan Android dilihat memuat naik twit menyatakan bahawa semalam adalah hari pertama bekerja di Clubhouse.

Menurut sumber, profil LinkedIn pembangun Android terbabi memperlihatkan penglibatannya dalam membangungkan perisian berasaskan Android seperti penglibatan dengan Instagram, Khan Academy dan Medium. Dengan kehadiran pembangun Android, Clubhouse dilihat sudah memulakan kerja pembangunan untuk pengguna Android.

Sepintas lalu, aplikasi Clubhouse telah mencapai 10 juta pengguna aktif mingguan dan menjadi aplikasi nombor satu di Malaysia dalam App Store setakat ini. Adakah anda sudah menyertai Clubhouse (pengguna iOS sahaja setakat ini)? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBC

Exit mobile version