Site icon TechNave BM

CMF Buds dan Neckband Pro akan dilancar pada 5 Mac 2024

Pada 5 Mac 2024, acara pelancaran “Fresh Eyes” akan memperkenalkan dua produk revolusioner daripada anak syarikat Nothing iaitu CMF. Dua produk itu dinamakan CMF Buds dan CMF Neckband Pro yang dijadualkan pelancarannya pada 11:30 pagi GMT bersamaan dengan 7.30 malam waktu Malaysia.

CMF Neckband Pro sebagai peranti Pembatalan Bunyi Hingar (ANC) Hibrid 50dB pertama dalam kategorinya, akan dikeluarkan untuk pembelian pertama di India dengan rancangan untuk ketersediaan yang lebih meluas di pasaran lain. Sementara itu, pengguna di pelbagai kawasan akan berpeluang untuk mendapatkan CMF Buds dengan keupayaan ANC terbaik dalam kelasnya.

Dalam pada itu, Nothing juga akan melancarkan Nothing Phone (2a) pada hari yang sama di mana peranti tersebut menampilkan cipset MediaTek Dimensity 7200 Pro. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version