Site icon TechNave BM

CMF Phone 2 Pro, Buds 2 akan dilancar pada 28 April 2025

Jenama peranti mampu milik CMF by Nothing akan melancarkan telefon terbaru, CMF Phone 2 Pro, pada hari Isnin, 28 April 2025 jam 9:00 malam waktu Malaysia. Ini merupakan telefon kedua daripada jenama tersebut, selepas CMF Phone 1 diperkenalkan pada Julai 2024.

Buat masa ini, CMF masih belum mendedahkan banyak maklumat mengenai telefon ini. Syarikat itu telah berkongsi beberapa gambar acahan yang menunjukkan rekaannya secara ringkas, seperti permukaan belakang dengan sudahan baharu. Ia masih mempunyai skru yang boleh dibuka untuk menukar permukaan belakang.

Telefon ini dikhabar bakal mempunyai skrin OLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 1080p dan kadar segar semula 120Hz. Jika benar, ini lebih kecil berbanding skrin CMF Phone 1 yang berukuran 6.67 inci.

Spesifikasi dalamannya pula mungkin terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 7400, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Selain telefon pintar, CMF akan turut melancarkan tiga model fon telinga wayarles baharu iaitu CMF Buds 2, CMF Buds 2a dan CMF Buds 2 Plus.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version