Site icon TechNave BM

Contoh gambar daripada realme X3 SuperZoom dikeluarkan, papar kebolehan zum 60x

Memandangkan realme X3 SuperZoom bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, realme sudah pun memberikan sedikit maklumat tentang telefon tersebut. realme Eropah sudah memuat naik gambar-gambar yang diambil daripada realme X3 SuperZoom, menunjukkan kebolehan zum telefon itu yang mampu zum sejauh 60x.

Untuk makluman, realme X3 SuperZoom mempunyai kebolehan zum optikal 5x dan zum digital 60x.

Nampaknya gambar dalam zum 5x nampak sangat cantik. Walau bagaimanapun gambar zum 60x nampak sangat kabur, namun kita boleh jangkakan kualiti gambar sedemikian kerana ia hanyalah zum digital. Untuk penggambaran zum digital sejauh 60x, ia bolehlah dikatakan ala kadar sahaja.

Adakah anda berminat dengan realme X3 SuperZoom? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter realme Eropah

Exit mobile version