Site icon TechNave BM

“Control Center” pada iOS 17 dijangka direka bentuk semula buat kali pertama sejak iOS 11

Apple dijangka akan memperkenalkan iOS 17 pada bulan Jun ketika acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023 dan mungkin bersama-sama dengan peranti baharu yang lain. Laporan terkini mencadangkan bahawa kemas kini itu akan membawa reka bentuk baharau di Pusat Kawalan (Control Center) buat kali pertama setelah beberapa tahun.

Laporan tersebut didedahkan oleh seorang penganalisis yang sama yang berkongsi butiran ciri Dynamic Island pada iPhone 14 Pro beberapa minggu sebelum pengumuman rasmi iPhone baharu. Jika perkara di atas adalah benar, ini akan menjadi kali pertama Apple dalam mereka bentuk semula Pusat Kawalan sejak iOS 11 pada 2017.

Pusat Kawalan pertama kali diperkenalkan pada iOS 7 untuk memudahkan pengguna mengakses pada tetapan Wi-Fi, selular, Bluetooth dan beberapa kawalan lain dengan cepat. Pada masa ini, pengguna hanya boleh menyusun beberapa ciri Pusat Kawalan dan menambah lebih banyak pintasan daripada senarai pilihan yang telah ditetapkan. 

Menurut Bloomberg, iOS 17 akan menjadi kemas kini kecil yang memberi tumpuan kepada meningkatkan kestabilan keseluruhan sistem. Namun, seperti yang dikatakan oleh wartawan Mark Gurman pada bulan lalu, Apple mengubah strateginya dan meminta jurutera menambah ciri yang banyak seperti yang diminta oleh pengguna iPhone dan iPad.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin lain yang mengatakan Apple mungkin menggugurkan sokongan untuk iPhone 8, iPhone X, dan iPad Pro generasi pertama dengan iOS 17 dan iPadOS 17. Sekiranya ini benar, makan pengguna iPhone X dan ke bawah perlu menukar peranti mereka untuk menggunakan iOS 17.

Selain iOS 17, Apple akan mengumumkan versi OS utama lain seperti watchOS 10, tvOS 17 dan macOS 14. Untuk peringatan anda, WWDC 2023 akan berlangsung antara 5 hinga 9 Jun 2023 dengan acara pembukaan khas di Apple Park.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:  9to5mac

Exit mobile version