Site icon TechNave BM

“Controller” PlayStation 5 boleh digunakan dengan PC dan peranti Android

Controller PlayStation 5 DualSense didapati boleh dihubungkan kepada komputer Windows dan peranti Android untuk bermain game dalam kedua-dua platform tersebut. Seorang pengulas di YouTube, Austin Evans, telah mencuba fungsi tersebut dan ia berfungsi dengan baik.

Controller tersebut boleh dihubungkan kepada komputer melalui kabel USB Type-C dan perisian luaran (third-party software), namun perlu diketahui bahawa kabel USB tidak disertakan dalam kotak PS5. Semua butang berfungsi dengan baik kecuali butang L3 dan R3.

Beliau turut menghubungkannya dengan telefon Google Pixel 5 secara wayarles. Ia boleh digunakan untuk mengawal skrin telefon, di samping bermain game. Walau bagaimanapun, ciri getaran dan tindak balas haptik tidak berfungsi sewaktu ia dihubungkan kepada telefon.

Adakah anda berminat untuk bermain game di PC atau telefon menggunakan DualSense? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version