Site icon TechNave BM

Coolpad Cool 20 Pro dilancar: Miliki Dimensity 900, LCD 6.58” 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM1,195

Coolpad baru-baru in telah mengumumkan telefon baharu untuk pasaran China yang dipanggil Cool 20 Pro. Ia dikuasakan oleh cipset Dimensity 900 dan dilengkapi dengan LCD 120Hz. Paparannya bersaiz 6.58 inci mempunyai resolusi FHD+ dan menyokong kadar penyegaran semula 120Hz.

Coolpad memutuskan untuk melengkapkan Cool 20 Pro dengan kamera swafoto 8MP terletak di takuk titisan air (waterdrop). Bahagian belakang Cool 20 Pro mempunyai kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan 33W melalui port USB-C.

Bahagian bawahnya mempunyai bicu audio 3.5mm serta pembesar suara. Cool 20 Pro menyokong bunyi stereo Dirac dan mempunyai pembesar suara kedua khusus di bahagian atas. Sistem operasinya menggunakan Cool OS 2.0 beroperasi atas Android 11. Telefon ini datang dalam dua varian iaitu 6GB + 128GB atau 8GB + 128 GB.

Coolpad Cool 20 Pro tersedia dalam empat warna iaitu emas, putih, biru dan hitam. Harga bermula pada CNY1,799 (~RM1,195). Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version