Cermin kaca apakah yang melitupi telefon pintar anda? Kebanyakannya menggunakan litupan Corning Gorilla Glass sama ada di hadapan, di belakang atau kedua-dua bahagian hadapan dan belakang telefon pintar. Untuk pengetahuan anda, Corning telah mengumumkan Gorilla Glass Victus yang terbaru.
Untuk pengetahuan anda, Corning turut membekalkan litupan cermin kaca bukan sahaj kepada peranti Android, tetapi iPhone juga. Corning Gorilla Class Victus ini dikatakan boleh bertahan walau jatuh setinggi 1.6 meter.
Bukan itu sahaja, keupayaan tahan calarnya adalah dua kali ganda lebih baik dari Gorilla Glass 6 yang masih hangat di pasaran. Anda boleh melihat video acahan Corning Gorilla Victus seperti bawah.
Menurut sumber, Samsung merupakan syarikat pertama yang bakal menggunakan Corning Gorilla Glass Victus pada peranti seterusnya. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Verge

