Site icon TechNave BM

CoronaTracker – Portal penjejak COVID-19 dibina oleh pengkaji Malaysia

Terdahulu, kami ada memaklumkan mengenai beberapa laman web untuk penjejakan perkembangan COVID-19 dan lubuk maklumat untuk maklumat sahih. Mungkin masih ada yang tidak tahu, tetapi salah satu sumbangan daripada rakyat Malaysia adalah pengesan untuk menjejaki perkembangan COVID-19 – CoronaTracker.

Pengesan CoronaTracker ini diakui oleh World Health Organization (WHO). Apa yang membanggakan adalah pasukan CoronaTracker ini diketuai oleh Fairoza Amira Hamzah bersama pengkaji lain memulakan langkah membina pengesan ini melalui satu kertas kajian yang bertajuk “CoronaTracker: World-wide COVID-19 Outbreak Data Analysis and Prediction”. Portal pengesan ini turut disertai pengkaji lain Lau Cher Han, Hafeez Nazri, Dominic Vincent Ligot, Lee Guanhua, Tan Cheng Liang, Mohammad Khursani Mohd Shaib, Ummi Hasanah Zaidon, Adina Abdullah, Chung Ming Hong, Ong Chin Hwee, Chew Pei Ying dan Roland Emmanuel Salunga.

Anda boleh klik pada https://www.coronatracker.com untuk mendapatkan maklumat sahih dan mengesan keberadaan COVID-19. Maklumat yang berada di dalam portal ini telah disahkan terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat jumlah kes, jumlah kematian dan jumlah pesakit yang telah sembuh. Apa yang lagi menarik adalah, anda boleh memilih untuk membaca berita COVID-19 dalam bahasa pilihan anda!

Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version