Site icon TechNave BM

Craob X bakal dilancar, komputer riba pertama dunia tanpa port, bezel dan setebal 7mm

Craob, sebuah syarikat yang mungkin anda belum pernah dengar sebelum ini sedang dalam usaha untuk melancarkan sebuah komputer riba konsep yang mungkin menetapkan suatu piawaian pada masa hadapan. Craob X ialah ultrabook yang tidak mempunyai sebarang port, ketebalan badannya hanya 7mm dan tidak mempunyai bezel.

Menjelang pelancaran rasmi Craob X, MyLaptopGuide telah mendedahkan butirannya. Komputer riba ini dilengkapi dengan paparan 13.3 inci dengan resolusi 4k. Ia mempunyai paparan lubang tebuk dan bezel yang hampir tidak terlihat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia didakwa sebagai komputer riba tanpa port pertama di dunia.

Komputer riba ini mempunyai aksesori pengecas tanpa wayar yang dilekatkan secara magnetik pada belakang komputer riba. Selain daripada pengecasan magnetik biasa, ia juga mempunyai berbilang port padanya (PortsHub). Ia mempunyai port USB-A, port USB-C, port thunderbolt, bicu audio dan slot pembaca kad SD.

Semasa pengecas, ia boleh mengecas secara wayarles serta memindahkan dan menerima fail. Ia dikuasakan oleh cipset Intel Core i7-1280P generasi ke-12, grafik Iris Xe, RAM LPDDR5 sehingga 32GB, PCIe SSD 2TB dan sambungan Wi-Fi 6E. Ketebalannya hanya 7mm dan mempunyai papan kekunci gaya chiclet dan pad jejak bersaiz luas.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version