Site icon TechNave BM

Cristiano Amon kini CEO Qualcomm

Presiden kepada syarikat semikonduktor Qualcomm, Cristiano Amon, merupakan tokoh yang terkenal dalam industri telefon pintar berikutan kehadirannya dalam pelancaran telefon-telefon utama untuk pelbagai jenama. Kini beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk syarikat tersebut, menggantikan Steve Mollenkopf yang telah berkhidmat sebagai CEO sejak 2014.

Amon akan memulakan portfolio barunya bermula 30 Jun 2021 manakala Mollenkopf pula akan kekal di Qualcomm sebagai penasihat strategik sahaja. Beliau telah dilantik oleh Lembaga Pengarah Qualcomm selepas Mollenkopf memaklumkan persaraannya.

Mollenkopf merupakan individu yang telah menaikkan Qualcomm sebagai peneraju dalam industri cipset mudah alih dan semikonduktor sepanjang beliau berkhidmat dalam syarikat tersebut selama 26 tahun.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version