Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar global. Melalui kolaborasi tersebut, imej Ronaldo akan digunakan merentasi keseluruhan ekosistem produk Dreame termasuk robot vakum, perkakas dapur, penjagaan diri dan peralatan rumah pintar.
Menurut Dreame, pemilihan Ronaldo dibuat berdasarkan persamaan nilai disiplin, konsistensi dan usaha mencapai prestasi terbaik. Kempen utama untuk kolaborasi ini dikenali sebagai “Dreame to Win” yang akan memberi fokus terhadap penggunaan teknologi pintar untuk membantu pengguna menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah dan efisien.
Presiden Global Dreame, Colm Chang berkata kerjasama tersebut bukan sekadar penajaan biasa, sebaliknya gabungan antara syarikat teknologi global dan ikon sukan dunia. Dreame turut mengesahkan kolaborasi ini akan melibatkan keseluruhan kategori produk utama mereka termasuk:
• Smart cleaning untuk dalam dan luar rumah
• Perkakas rumah pintar
• Produk penjagaan diri
• Peralatan dapur kecil pintar
Pengumuman ini juga menunjukkan Dreame kini semakin agresif membina identiti sebagai jenama premium global dan tidak lagi hanya tertumpu kepada kategori robot vakum semata-mata. Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini boleh didapati menerusi laman rasmi Dreame Technology.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

