Site icon TechNave BM

Cukai jualan 6% kini dikenakan kepada pembeli Sony Playstation Store Malaysia

Apabila kerajaan mengisytiharkan bahawa semua servis dan platform yang menawarkan kandungan digital akan dikenakan cukai pada 2020, kebanyakan orang ramai berhak untuk bimbang soal poket mereka. Semakin banyak syarikat mula melaksanakan cukai digital untuk servis di Malaysia termasuklah Google dan Facebook. Sony juga mengumumkan cukai 6% akan ditambah ke Play Store di Malaysia.

Perubahan ini akan bermula pada 1 Januari 2020 yang melibatkan kebanyakan produk dalam Playstation Store. Apa yang menariknya disini adalah Sony hanya akan memaparkan perubahan harga sebenar sekitar 4 hingga 6 Januari 2020, yang secara kebetulannya hari yang sama dengan tamatnya jualan musim cuti. Mujurlah langganan Playstation Plus masih tidak dikenakan cukai. Cukai juga belum dikenakan kepada tambah nilai manual untuk dompet digital Playstation Store.

Jika anda sudah biasa membeli game secara fizikal , pelaksanaan cukai mungkin tidak menjadi sebarang masalah. Namun, DLC dan pas musim (season) bakal menjadi lebih mahal merupakan sesuatu yang mengganggu fikiran. Beritahu kami di laman Facebook tentang pendapat anda mengenai cukai digital yang ditambah pada Playstation Store. Untuk lebih berita terkini, nantikan di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version