Site icon TechNave BM

Daftar e-dompet GoPayz untuk dapat RM5, terhad sehingga 30 Jun ini

Siapa yang ingin beri tunai secara percuma kepada anda? Jawapannya – GoPayz. GoPayz mengumumkan bahawa jika anda merupakan ahli baru yang mendaftar, anda akan mendapat RM5 yang akan dikreditkan ke dalam e-dompet GoPayz anda. Jika anda merupakan pelanggan U Mobile, anda akan mendapat tambahan e-baucar RM3 daripada 7-Eleven (boleh beli roti Gardenia).

Untuk pengetahuan anda, GoPayz adalah inisiatif e-dompet yang dibina oleh U Mobile. Mungkin RM5 kelihatan sedikit untuk anda, tetapi sebenarnya jumlah pemberian keseluruhan untuk kempen #GiveBack ini adalah RM1 juta! Jika anda mendaftar, RM5 bakal dikreditkan ke dalam e-dompet GoPayz dalam masa 3 hari bekerja. Tawaran ini terhad mulai sekarang sehingga 30 Jun 2020 sahaja. Muat turun melalui pautan ini dan daftar sekarang.

Sebagai tambahan, GoPayz juga menawarkan harga promosi RM2 untuk setiap bulan selama 2 bulan pertama, bagi pelanggan yang melanggan insurans GoLife Plus. Adakah anda akan mendapatkan RM5 percuma ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

Exit mobile version