Site icon TechNave BM

Daftar sebagai pemandu Grab sekarang, dapatkan bonus dan subsidi sehingga RM800

Jika anda merancang untuk menjadi seorang pemandu Grab, sekarang adalah masa yang amat sesuai. Grab Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka yang berdaftar untuk menjadi pemandu sebelum 31 Mac 2020 akan diberikan bonus dan subsidi sehingga RM800. Butiran mengenainya boleh didapati di laman web pendaftaran.

Menurut Grab, RM500 akan diberikan dalam bentuk kredit panduan yang akan dimasukkan ke dalam dompet kredit akaun pemandu. Kredit ini boleh dikeluarkan di bank dalam bentuk wang tunai dengan tujuan untuk membantu pemandu baru mengimbangi komisyen yang diambil oleh Grab apabila satu tugasan sudah diselesaikan.

Manakala baki RM300 sebagai subsidi pula agak kabur. Daripada laman pendaftaran, kita tahu yang syarikat itu akan memberi subsidi sehingga RM100 untuk latihan mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), manakala laman syarat-syarat pula mengatakan Grab akan membayar RM70 untuk pemeriksaan PUSPAKOM (jika kenderaan anda melebihi umur 3 tahun) dan menyediakan faedah lain seperti rebat minyak dan penyelenggaraan kenderaan.

Adakah anda berminat untuk menjadi pemandu Grab sekarang? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Grab | TechNave English

Exit mobile version