Terkini, anda sudah boleh mula mendaftar mana-mana ahli keluarga atau tanggungan melalui aplikasi MySejahtera anda sendiri bermula hari ini (19 Mac 2021). Initiatif ini memudahkan rakyat Malaysia membantu membuat pendaftaran untuk tanggungan yang tidak mempunyai akaun MySejahtera.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini telah memaklumkan mengenai aplikasi MySejahtera yang akan melancarkan fungsi baru di mana pengguna boleh mendaftarkan ahli keluarga mereka untuk mendapatkan vaksin. Memandangkan ciri ini sudah tersedia, anda sudah boleh mula mendaftarkan tanggungan anda untuk mendapatkan vaksin.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera anda. Antara tanggungan yang anda boleh bantu daftarkan adalah ibu bapak, anak 18 tahun ke atas, saudara (18 tahun ke atas), penjaga atau pembantu rumah (warga Malaysia).
Sepintas lalu, anda boleh menyemak maklumat mengenai vaksin COVID-19 di pautan ini.
Sudahkah anda mendaftar untuk mendapatkan vaksin? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: KKM

