Servis penghantaran makanan atas talian, Dahmakan kini telah berubah wajah dan menjalani penjenamaan semula sebagai Pop Meals. Segala aktiviti dan servis Dahmakan yang lalu masih kekal seperti biasa, cuma kini ia hadir dengan nama dan wajah yang baru. Selain itu, laman web rasmi Dahmakan juga telah berubah ke www.popmeals.com.my.
Tambahan lagi, mereka juga masih mengekalkan akaun media sosial Facebook dan Instagram dengan penjenamaan yang baru. Untuk halaman Twitter pula, ia digantikan dengan nama akaun baru twitter.com/popmeals_my.
Akaun pengguna Dahmakan sedia ada akan kekal di dalam laman web dan aplikasi Pop Meals yang baru ini. Pengguna hanya perlu memuat naik aplikasi di kedua-dua platform iOS dan Android untuk melihat perubahan baru ini.
Adakah anda meminati perubahan baru ini? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Lowyat.net

