Site icon TechNave BM

Dalam iOS 14, anda mungkin boleh cuba sebarang aplikasi tanpa perlu memasangnya

Menurut laman web 9to5mac, sistem operasi iOS 14 mungkin akan membolehkan pengguna untuk mencuba sebarang aplikasi daripada App Store tanpa perlu memasangnya. Versi awal sistem operasi peranti Apple itu menunjukkan sebuah ciri di mana pengguna boleh mengimbas kod QR untuk bereksperimen dengan aplikasi.

Jika pengguna mengimbas sebuah kod QR melibatkan aplikasi yang tidak dipasang dalam peranti iPhone atau iPad, iOS 14 akan memuat turun sebahagian kecil daripada aplikasi tersebut untuk membenarkan pengguna mencuba aplikasi itu tanpa perlu memuat turun saiz penuh.

Perkhidmatan tersebut dijumpai dalam kod Application Programming Interface (API) bernama Clips yang membolehkan pembina aplikasi untuk menyediakan percubaan interaktif (interactive demo) kepada pengguna walaupun jika suatu aplikasi itu tidak dipasang dalam perantinya. Pembina perlu menetapkan sendiri apakah yang akan dimasukkan dalam Clips aplikasi mereka.

Sebelum ini, iOS 14 dilaporkan akan dilengkapi widget baru. Beritahu kami di Facebook jika ini adalah sesuatu yang membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version