Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun 10% dengan pembelian pertama melalui Samsung Shop App

Samsung telah melancarkan aplikasi inovatif mereka, Samsung Shop App dengan tujuan untuk mengubah landskap runcit digital dan meningkatkan pengalaman membeli-belah. Bagi setiap pembelian pertama melalui aplikasi oleh pengguna akaun Samsung, terdapat baucar alu-aluan diskaun 10%, dihadkan pada RM200. Hanya gunakan kod SHOPAPP10 semasa daftar keluar sehingga 16 Januari 2024.

Samsung Shop App memperkenalkan faedah eksklusif termasuk tawaran hanya untuk aplikasi, pemberitahuan segera tentang promosi dan pelancaran, penjejakan pesanan yang mudah serta peluang untuk mendapatkan dan menukar mata ganjaran Samsung Rewards untuk pembelian akan datang. Pengguna juga boleh berhubung dengan ejen sembang khusus untuk sokongan diperibadikan sepanjang perjalanan membeli-belah mereka.

Terokai ciri-ciri, faedah, antara muka intuitif dan navigasi mesra pengguna aplikasi di laman pemasaran Samsung Shop App. Muat turun aplikasi daripada Google Play Store untuk kemudahan membeli belah anda.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version