Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun eksklusif untuk Samsung Galaxy M14 5G pada 24 Jun 2023 sahaja!

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar yang canggih namun masih boleh dibeli pada harga mesra dompet, Samsung Galaxy M14 5G adalah pilihan yang sangat menarik. Ia dijual pada harga pasaran RM819 sahaja, namun sudah dilengkapi pelbagai fungsi canggih yang selalunya hanya terdapat pada telefon yang lebih mahal.

Untuk penjimatan yang lebih tinggi, anda boleh nikmati diskaun eksklusif untuk Samsung Galaxy M14 5G yang akan ditawarkan pada 24 Jun 2023 sahaja di Lazada. Dengan diskaun khas ini, anda boleh beli telefon Galaxy M14 5G dengan diskaun 10%, bermaksud anda boleh membelinya pada harga RM737.10.

Antara ciri menarik pada telefon ini termasuklah skrin besar 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi FullHD+, jadi anda boleh tonton video dengan butiran yang sangat jelas, manakala apabila anda meleret (swipe), anda boleh rasakan animasi yang lancar.

Skrin telefon ini dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak, jadi anda tidak perlu risau tentang kesan retak jika anda jatuhkan telefon ini dengan tidak sengaja.

Di dalam, ia menggunakan cipset Exynos 1330 yang boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G untuk kelajuan internet terpantas. Walaupun ini sebuah telefon bajet, tidak bermakna ia tidak boleh menikmati kelajuan internet tinggi seperti telefon yang lebih mahal.

Dua pilihan warna untuk Samsung Galaxy M14 5G
Skrin 6.6 inci dengan kadar 90Hz

Di samping itu, baterinya yang sangat besar dengan kapasiti 6,000mAh akan memastikan bahawa telefon ini boleh bertahan selama sehari walaupun dengan penggunaan berat. Malah, jika digunakan secara ringan, bateri ini mungkin boleh bertahan hingga dua hari.

Sewaktu mengecas pula, Galaxy M14 5G menyokong kadar pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas penuh bateri ini dalam masa sekitar sejam.

Untuk fotografi, ia menawarkan fungsi lengkap dengan kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera 50MP ini boleh mengambil gambar yang cantik dalam pelbagai situasi, manakala sensor kedalaman membenarkan anda untuk mengambil gambar mod potret dengan latar belakang yang kabur.

Tiga kamera lengkap di bahagian belakang

Layari laman web Lazada untuk membeli Galaxy M14 5G dalam warna biru gelap (Dark Blue) atau biru terang (Light Blue). Untuk mendapatkan diskaun 10% ini, anda hanya perlu gunakan kod SAMM14S5G sewaktu membuat pembayaran. Berikut adalah cara untuk menyertakan kod tersebut dalam Lazada:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version