Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun RM100 jika anda ingin membeli Galaxy A51 atau A30s sekarang!

Jika anda merancang untuk menggantikan telefon yang anda miliki sekarang kepada Samsung Galaxy A51 atau Galaxy A30s (128GB), sekarang adalah masa yang amat sesuai kerana Samsung Malaysia akan mengadakan promosi istimewa buat kedua-dua telefon itu sehingga 31 Mac ini.

Bawa sahaja sebarang telefon yang anda miliki sekarang ke Samsung Experience Stores atau mana-mana pengedar Samsung yang sah dan dapatkan diskaun RM100 apabila anda ingin membeli A51 atau A30s (128GB).

Dengan diskaun tersebut, anda boleh membeli A51 dengan harga RM1,199 (harga asal RM1,299) dan A30s (128GB) dengan harga RM899 (harga asal RM999). Untuk melihat spesifikasi kedua-dua telefon tersebut, boleh klik di sini untuk A51 dan sini untuk A30s.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version