Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun RM200 apabila anda ingin membeli telefon Samsung Galaxy terbaru!

Samsung bakal menganjurkan sebuah acara Galaxy Unpacked pada 9 Februari 2022, di mana mereka dijangka bakal memperkenalkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S terbaru untuk tahun ini.

Jika anda merancang untuk membeli produk yang akan diperkenalkan nanti, anda boleh dapatkan e-baucar bernilai RM200 sewaktu membuat pra-tempahan. Untuk menerima baucar berkenaan, anda perlu daftarkan diri di laman web Samsung Malaysia sekarang.

Perlu diingati bahawa e-baucar ini hanya akan diberikan kepada mereka yang mendaftarkan diri sebelum 9 Februari 2022.

Produk yang mungkin akan dilancarkan pada tarikh tersebut adalah siri Samsung Galaxy S22 yang terdiri daripada tiga varian iaitu Galaxy S22, Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 Ultra. Varian yang paling unik dijangka adalah Galaxy S22 Ultra, di mana ia bakal mempunyai stilus seperti dalam siri Galaxy Note sebelum ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Samsung terbaru nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version