Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun sebanyak RM1,100 apabila anda beli Samsung Galaxy Note20 atau Galaxy A32

Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk dua telefon pintar iaitu siri telefon andalan Samsung Galaxy Note20 5G dan telefon pertengahan Samsung Galaxy A32. Promosi yang akan berlangsung sehingga hari Ahad, 4 Julai ini menawarkan potongan harga sehingga RM1,100.

Berikut adalah harga promosi untuk siri Galaxy Note20:

Siri Galaxy Note20 5G menampilkan stilus S Pen yang memudahkan penggunaan menulis atau melukis pada skrinnya. Telefon ini dilengkapi cipset Exynos 990, skrin Super AMOLED 6.9 inci 120Hz, kamera utama 108MP, pengecasan pantas 45W, pembesar suara Dolby Atmos, rating kalis air IP68 dan banyak lagi fungsi-fungsi canggih. Baca artikel pelancarannya untuk mengetahui spesifikasi penuh.

Sementara itu, Galaxy A32 pula akan dijual pada harga RM999, iaitu lebih murah sebanyak RM100 daripada harga asalnya RM1,099. Telefon ini dilengkapi cipset Helio G80, skrin AMOLED 90Hz 6.4 inci, kamera 64MP+8MP+5MP+5MP dan bateri 5,000mAh. Baca senarai spesifikasi untuk maklumat lanjut tentang telefon ini.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon Samsung di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version