Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun sehingga RM163 sewaktu promosi HONOR Intelligent Lifestyle Special!

Bermula hari ini sehingga Ahad 19 Julai, dapatkan diskaun tinggi sehingga RM163 di samping pelbagai hadiah percuma apabila anda membeli produk HONOR terpilih daripada kempen promosi HONOR Intelligent Lifestyle Special.

Produk utama dalam promosi ini adalah komputer riba HONOR MagicBook 14 di mana pelanggan boleh mendapat hadiah bernilai RM817 termasuk HONOR Watch Magic, tetikus Bluetooth dan beg. Sementara itu, produk-produk lain seperti telefon pintar pula akan dijual pada harga yang lebih rendah atau diberikan bersama hadiah percuma apabila pelanggan membelinya.

Selain itu, terdapat juga jualan kilat pada 12:00 tengah hari setiap hari sepanjang kempen ini untuk diskaun yang lebih tinggi untuk produk-produk HONOR terpilih. Anda juga boleh menyertai peraduan Spin & Win di mana anda boleh memutar ‘roda’ dan menangi produk bernilai sehingga RM349.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi ini, lawati laman web HONOR. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version