Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun sehingga RM300 untuk pelbagai peranti HONOR termasuk HONOR 9X, Band 5i

HONOR Malaysia akan menganjurkan promosi khas Marchvelous Sale pada 8 hingga 14 Mac, di mana pelanggan boleh menikmati harga diskaun sehingga RM300 untuk pelbagai peranti HONOR. Promosi ini termasuklah telefon pintar HONOR 9X, fon telinga HONOR Sport Pro, bateri HONOR Powerbank dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai harga produk HONOR yang terlibat dalam promosi ini:

ProdukHarga asalHarga promosi Marchvelous Sale
HONOR 9XRM 849RM 749
HONOR 9X LiteRM 699RM 639
HONOR 9SRM 359RM 299
HONOR 8ARM 469RM 419
HONOR 8S 3GB+64GBRM 429RM 399
HONOR Sport Pro  RM 299RM 199
HONOR Band 5iRM 119RM 77
HONOR Magic EarbudsRM 499RM 199
HONOR Scale 2RM 99RM 69

Selain diskaun ini, HONOR Malaysia juga akan memberikan baucar RM100 pada setiap hari sepanjang kempen promosi ini berjalan. Pelanggan hanya perlu mendaftar masuk ke dalam laman web promosi dan mereka boleh mendapatkan baucar itu. Tidak dilupakan juga cabutan bertuah untuk pelbagai hadiah menarik seperti HONOR Band 5 Sport, HONOR Band 5i dan HONOR Band 4 Running.

Layari laman web HONOR Malaysia jika anda berminat untuk membeli mana-mana produk di atas. Beritahu kami di Facebook produk manakah yang anda akan beli dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version