Site icon TechNave BM

Dapatkan diskaun sehingga RM600 untuk Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4!

Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk dua model telefon lipatnya, Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4, yang akan berlangsung sehingga 30 Jun 2023. Dengan promosi ini, para pelanggan boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM600 untuk setiap pembelian.

Selain harga diskaun, pelanggan akan turut menerima pakej perlindungan Samsung Care+ selama satu tahun serta penggantian lapisan perlindungan skrin sebanyak tiga kali.

Berikut adalah maklumat penuh untuk promosi Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4:

Layari laman web Samsung Malaysia untuk membeli Galaxy Z Fold4 atau Galaxy Z Flip4. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version