Site icon TechNave BM

Dapatkan Far Cry 3 secara percuma sebelum 11 September!

Jika sedang mencari game yang seronok untuk dimainkan pada hari minggu ini, pastikan anda dapatkan Far Cry 3 secara percuma di laman web Ubisoft. Promosi ini akan berlangsung sehingga 11 September jam 2:30 petang, jadi jangan bertangguh lagi jika anda masih belum memainkan game hebat ini.

Selain itu, Ubisoft turut menganjurkan jualan khas sempena temasya Gamescom dan musim luruh di Amerika Syarikat. Antara game menarik yang boleh dibeli pada harga diskaun adalah Rainbow Six Siege, Assassin’s Creed Valhalla, Watch Dogs Legion dan banyak lagi.

Far Cry 3 adalah antara game tembak-menembak yang terbaik dalam siri Far Cry, jadi ini adalah peluang keemasan jika anda masih belum mencubanya. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memuat turun Far Cry 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ubisoft

Exit mobile version