Site icon TechNave BM

Dapatkan fon telinga wayarles Freebuds 3i percuma dengan pembelian HUAWEI Mate40 Pro

Pelanggan HUAWEI Malaysia kini boleh menerima promosi menarik untuk telefon pintar andalan (flagship) HUAWEI Mate40 Pro, di mana setiap pembelian sebelum 31 Mac 2021 akan menerima fon telinga wayarles HUAWEI Freebuds 3i secara percuma. Promosi ini sah untuk setiap pembelian di HUAWEI Online Store serta kedai HUAWEI Experience Store, Senheng dan Courts.

Promosi melibatkan HUAWEI Freebuds 3i yang bernilai RM399 ini pada asalnya akan tamat pada 28 Februari, namun HUAWEI Malaysia telah memanjangkannya hingga akhir bulan Mac kerana sambutan yang tinggi terhadap telefon tersebut.

HUAWEI Mate40 Pro merupakan sebuah peranti andalan yang dilengkapi cipset Kirin 9000, skrin OLED 6.76 inci 90Hz, tiga kamera termasuk kamera utama 50MP, pengecasan pantas 66W dan bateri 4,400mAh. Ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM4,299.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi HUAWEI Malaysia ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version