Site icon TechNave BM

Dapatkan fon telinga wayarles percuma apabila anda beli OPPO A95!

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, OPPO Malaysia bakal menganjurkan promosi istimewa Roar of Prosperity CNY Sale di mana pelbagai peranti OPPO bakal dijual bersama hadiah percuma seperti waranti skrin, sarung angpow dan banyak lagi.

Ini termasuklah untuk telefon kelas pertengahan OPPO A95 di mana setiap pembeliannya akan disertakan dengan fon telinga wayarles OPPO True Wireless Earbuds (bernilai RM109) secara percuma, hanya dengan tambahan RM1 apabila anda membayar untuk OPPO A95.

Selain itu, OPPO Malaysia juga menawarkan waranti skrin percuma untuk OPPO Find X3 Pro 5G, OPPO Reno6 Pro 5G, OPPO Reno6 5G dan OPPO Reno6 Z 5G. Untuk peranti boleh pakai pula, OPPO menawarkan pakej dua unit OPPO Band pada harga RM188 dan diskaun 50% untuk OPPO Enco Air atau OPPO Enco Buds.

Khas untuk pengguna aplikasi My OPPO App, mereka berpeluang memenangi sebuah patung harimau yang disalut emas 24K 3 gram (bernilai RM9,888) serta tiket masuk ke taman tema Genting Skyworlds Theme Park.

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version