Site icon TechNave BM

Dapatkan Galaxy Note10+ pada RM2,199 dan pelbagai diskaun dalam jualan akhir tahun Samsung Malaysia

Samsung Malaysia sedang menganjurkan jualan Black Friday yang akan tamat pada hari ini (30 November). Jika anda tidak dapt membeli produk pada waktu itu, jangan risau kerana Samsung Malaysia akan menganjurkan jualan akhir tahun pula bermula 1 hingga 31 Disember ini.

Pelbagai produk Samsung akan dijual pada harga diskaun dan antara yang paling menarik adalah Galaxy Note10+ yang akan dijual pada harga RM2,199, Galaxy Tab S5e yang berharga RM1,499 dan banyak lagi. Berikut adalah senarai produk yang dijual pada harga promosi sepanjang bulan Disember:

ProdukHarga asalPromosi
Galaxy Note10+RM4,199RM2,199
Galaxy Watch3 Bluetooth (45mm)RM1,799Percuma Free Buds+ bernilai RM599
Galaxy Tab S5eRM1,999RM1,499
Galaxy Buds+ BTS EditionRM899RM599
Front Load Combo Washer with Eco BubbleRM6,999Percuma vakum POWERbot Essential bernilai RM1,599
Top Mount Freezer with Twin Cooling PlusRM3,699Percuma ketuhar mikro Solo Microwave Oven With Quick Defrost bernilai RM369
55″ The Frame QLED 4K Smart Lifestyle TV (2020)RM6,499Percuma bingkai 55″ Brown Frame bernilai RM499

Galaxy Note10+ adalah antara telefon terbaik pada tahun 2019 dan tentunya masih akan kekal relevan dalam masa beberapa tahun lagi. Layari laman web khas ini untuk maklumat jualan akhir tahun Samsung Malaysia yang akan bermula pada 10:00 pagi, 1 Disember.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk Samsung pada bulan Disember dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version