Site icon TechNave BM

Dapatkan ‘game’ Watch Dogs 2 percuma sempena Ubisoft Forward, 13 Julai ini

Untuk pengetahuan anda, Ubisoft bakal menganjurkan sebuah acara digital pada 13 Julai 2020 ini untuk mengumumkan game yang bakal tampil dalam industri gaming. Melalui acara Ubisoft Forward ini, terdapat game menarik yang bakal diberikan secara percuma iaitu Watch Dogs 2!

Untuk mendapatkannya secara percuma, anda hanya perlu log masuk ke akaun uPlay anda pada hari acara disiarkan secara langsung (13 Julai, jam 3 AM hingga 3:45 AM waktu Malaysia). Akaun uPlay anda perlu dihubungkan dengan YouTube, Twitch atau Mixer yang kini bersambung dengan Facebook Gaming. Dengan ini, anda bakal dapat menonton acara tersebut secara langsung.

Antara game yang bakal diperkenalkan adalah battle royale FPS Hyper Scape, Watch Dogs Legion, Rainbow Six Quarantine dan Assassins Creed Valhalla. Untuk gamer yang masih belum mempunyai Watch Dogs 2, inilah masanya untuk anda dapatkan secara percuma.

Adakah anda peminat Watch Dogs? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: tweaktown

Exit mobile version