Site icon TechNave BM

Dapatkan ‘game’ Witcher 3 percuma di PC jika anda sudah memilikinya di konsol

Pembangun game The Witcher 3: Wild Hunt, CD Projekt Red, kini membuat promosi khas di mana pemain yang sudah memiliki game tersebut dalam konsol PlayStation atau Xbox boleh memiliki versi PC secara percuma melalui perkhidmatan Good Old Games (GOG). Promosi ini akan berlangsung sehingga 23 Jun 7:00 malam waktu Malaysia.

Tawaran ini layak untuk pemilik Witcher 3 versi biasa atau Game of the Year Edition (GOTY) di mana mereka akan memiliki versi yang sama dalam PC seperti yang dimiliki dalam konsol. Jika anda sudah memilikinya dalam perkhidmatan gaming PC yang lain seperti Steam, Origin atau Epic Games Store, anda turut boleh mendapatkannya di GOG.

GOG adalah sebuah perkhidmatan gaming PC oleh CD Projekt Red mirip Steam, namun ia tidak meletakkan kekangan DRM dalam game yang dibeli daripada perkhidmatan tersebut. Selain itu, Witcher 3 dalam GOG juga datang dengan pelbagai kandungan ekstra seperti runut bunyi (soundtrack), buku komik digital, permainan kertas (paper toys), dokumentari pembangunan Witcher 3 dan banyak lagi.

Malah, anda juga boleh melihat grafik Witcher 3 yang paling cantik dalam PC. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkanny di GOG dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Good Old Games

Exit mobile version