Site icon TechNave BM

Dapatkan HUAWEI nova 7 SE pada harga RM1 sahaja!

Kini, anda boleh beli telefon pintar HUAWEI nova 7 SE pada harga yang sangat istimewa iaitu RM1 sahaja. Ini adalah sebahagian daripada tawaran Maxis, di mana pelanggan pelan MaxisONE Plan 158 atau MaxisONE Plan 188 boleh membeli telefon tersebut dengan harga RM1.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga mendapat akses kepada lebih 300 video menampilkan 22 orang pakar daripada lebih 15 topik di HUAWEI Video. Topik ini merangkumi pelbagai bidang seperti lakonan, penggambaran, futsal, seni pertahanan diri dan badminton yang diajar oleh pemain badminton kebangsaan Goh Liu Ying. HUAWEI video juga boleh diakses dari lebih 20 negara, jadi anda tidak perlu risau sewaktu anda mengembara apabila sempadan kita dibuka semula.

Selain itu, HUAWEI nova 7 juga boleh dibeli melalui pelan Maxis yang serupa iaitu Maxis Zerolution 128, 158 atau 188 dengan harga ansuran murah bermula RM39 sebulan. Semua peranti HUAWEI datang dengan HUAWEI AppGallery di mana pelanggan boleh memuat turun pelbagai aplikasi popular dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maxis. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki nova 7 SE dengan tawaran istimewa ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version