Site icon TechNave BM

Dapatkan Huawei Y6p, Matepad T, Band 4 Pro dan pelbagai produk Huawei bermula RM3.69 sehari!

Sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk anda mendapatkan produk Huawei. Dengan pelan ansuran serendah RM3.69 sehari, anda boleh membeli pakej Huawei Together 2020, sebuah pakej ekosistem Huawei yang memberikan anda telefon pintar Huawei Y6p, tablet Matepad T dengan skrin 8 inci dan jam tangan pintar Band 4 Pro.

Jika anda berminat dengan pakej yang lebih eksklusif, anda boleh membeli Huawei Smart Life yang merangkumi telefon pintar P40 Pro dan jam tangan Huawei Watch GT2e bermula RM12.32 sehari.

Jika anda adalah seorang audiofilia, pakej Huawei Music All Day Ecosystem memberi anda P40, pembesar suara Huawei Sound X dan earphone wayarles Huawei Freebud 3 serendah RM13.09 sehari yang bakal memenuhi keperluan lagu-lagu anda.

Sebenarnya, Huawei Malaysia terdapat pelbagai pakej menarik bagi produk mereka buat semua rakyat Malaysia yang mempunyai bermacam-macam keperluan. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih tempoh ansuran yang diinginkan antara enam atau 12 bulan agar sesuai dengan perancangan kewangan mereka.

Dengan suasana Hari Raya, Kaamatan dan Gawai yang kian menjelang, ini adalah waktu yang amat sesuai untuk mendapatkan gajet Huawei baru! Beritahu kami di Facebook pakej manakah yang anda akan pilih dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version