Site icon TechNave BM

Dapatkan internet, panggilan dan SMS tanpa had unifi, istimewa untuk pelajar universiti

Terdapat ramai pelajar yang masih berada di kampus masing-masing memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berterusan. Lanjutan PKP ini membuatkan keperluan data dan internet semakin meluas, termasuklah dalam kalangan pelajar. Terkini, unifi membekalkan pelan khas untuk pelajar dengan ciri-ciri data, panggilan dan SMS tanpa had.

Pelan ini adalah pelan istimewa khusus untuk pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta sahaja. Pek Pelajar unifi Mobile ini boleh dilanggan dengan hanya RM59 sebulan. Dengan RM59, pelajar akan mendapat keistimewaan ciri-ciri data, panggilan dan SMS tanpa had seperti yang telah dinyatakan. ‘Tanpa had’ bermakna anda boleh menikmati data tanpa perlu menambah nilai atau menambah ciri tambahan!

Pelan khas untuk pelajar MMU
Pelan untuk pelajar universiti awam dan swasta

Untuk makluman anda, pelan ini boleh terus dinikmati walaupun setelah tamat PKP. Berikut merupakan maklumat penting yang anda perlu tahu untuk Pek Pelajar unifi Mobile:

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pelan unifi Mobile untuk pelajar serta perkhidmatan lain daripada unifi, anda boleh menghubungi unifi melalui aplikasi myunifi atau melalui pusat khidmat pelanggan dengan mendail 100. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

Exit mobile version