Site icon TechNave BM

Dapatkan iPhone 12, Galaxy S20 FE, Nintendo Switch dan banyak lagi dalam promosi Tahun Baru Cina Shopee

Sambutan Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi dan platform e-dagang Shopee akan menganjurkan pelbagai promosi menarik untuk telefon pintar dan pelbagai peranti elektronik. Antara peranti menarik yang dijual pada harga istimewa temasuklah telefon Apple dan Samsung, kamera GoPro, komputer Acer dan banyak lagi.

iPhone 12 akan dijual pada diskaun yang agak kecil, namun telefon andalan Android Samsung Galaxy S20 FE mempunyai diskaun yang sangat tinggi, sehingga potongan RM600 pada harganya. Jika anda menggemari telefon baru, realme X7 Pro 5G yang baru dilancar akan dijual pada 2 Februari dengan diskaun RM50 untuk para pembeli awal.

Anda juga boleh membeli komputer riba untuk kegunaan bekerja atau belajar dari rumah. Antara promosi komputer yang menarik adalah Acer Swift 3X dengan harga RM3,499, Microsoft Surface Pro 7 – Platinum berharga RM3,749 dan monitor Armageddon Gaming Monitor (PF24HD) berharga RM389. Untuk para gamers pula, konsol mudah alih Nintendo Switch dengan Animal Crossing Special Edition akan dijual pada harga RM1,295.

Berikut adalah senarai penuh promosi elektronik di Shopee:

Telefon pintar dan aksesori

Computer dan aksesori

Kamera

Konsol gaming

Layari laman web Shopee untuk maklumat lanjut tentang promosi barang elektronik. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version