Site icon TechNave BM

Dapatkan jongkong emas dengan harga RM1 dan pelbagai tawaran lain di Shopee

Kesibukan membeli-belah di musim perayaan kini tidak lagi memeningkan kepala anda. Platform membeli-belah dalam talian semestinya sudah mula dikerumuni netizen. Terkini, Shopee menawarkan pelbagai ganjaran dan tawaran hebat sempena Tahun Baru Cina CNY Shopee.

Dengan tawaran RM8 prosperity deals, anda boleh mendapatkan hamper CNY, Coca-Cola 24 tin, set alat memasak Tefal, Cheongsam, kipas berdiri Khind dan banyak lagi dengan hanya RM8. Ganjaran yang paling hebat pula adalah jongkong emas premium 10gram bernilai RM2,250 boleh dimenangi dengan harga RM1 sahaja melalui penyertaan dalam permainan One or Not.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak melupakan Shopee Ang Pow dan pelbagai permainan lain yang memberi peluang untuk anda menang di musim perayaan ini. Untuk menaik taraf barang kelengkapan rumah elektrik, Shopee turut menawarkan harga terendah dan penghantaran percuma sehingga 21 Januari!

Untuk menikmati semua tawaran dan ganjaran hebat ini, anda boleh ke CNY Shopee sekarang. Apa yang anda telah beli dan ingin beli di Shopee? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita tawaran hebat terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version