Site icon TechNave BM

Dapatkan kelajuan WiFi 300, 500 dan 800 Mbps melalui Astro, Maxis dan bawa pulang Ultra Box percuma

Terkini, Astro dan Maxis berkolaborasi untuk membawa anda menikmati pengalaman jalur lebar (broadband) dengan kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps. Berita ini adalah berita gembira untuk pelanggan yang ingin menikmati pengalaman jalur lebar dengan kelajuan tinggi!

Pakej Astro kini digabungkan bersama Maxis Home Fibre yang berkelajuan tinggi dengan pilihan pakej 500Mbps dan 800Mbps. Digabungkan dengan peranti jejaring (mesh) Wi-Fi, ia mampu meningkatkan prestasi liputan dan isyarat WiFi di setiap inci rumah anda.

Untuk pelanggan yang sudah mendaftar bersama Astro, anda berpeluang untuk membawa pulang Ultra Box PERCUMA jika anda mendaftar untuk pakej baru ini! Bukankah ini satu tawaran yang hebat?

Untuk maklumat harga dan pakej yang lebih lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi jalur lebar Astro. Tinggalkan komen anda terhadap tawaran menarik ini di laman Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita tawaran dan promosi teknologi terkini.

Exit mobile version