Site icon TechNave BM

Dapatkan OPPO Find X3 Pro sekarang dengan diskaun sebanyak RM300!

OPPO Malaysia kini sedang menganjurkan promosi istimewa untuk telefon pintar andalan OPPO Find X3 Pro, di mana pelanggan boleh menikmati rebat tunai bernilai RM300 apabila mereka membeli telefon tersebut.

Ini bermaksud apabila pelanggan membeli telefon itu, mereka akan menerima potongan harga sebanyak RM300. Promosi ini akan berlangsung sehingga hari Ahad, 6 Jun.

Selain harga yang lebih murah, pelanggan juga akan menerima hadiah percuma iaitu sepasang fon telinga wayarles OPPO Enco X TWS bernilai RM699 dan storan awanan HeyTap Cloud Storage sebanyak 1TB bernilai RM320.

OPPO Find X3 Pro telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mac dengan harga asal RM4,299.

Promosi ini boleh didapati di kedai OPPO Brand Stores, My OPPO Spaces, pengedar sah, OPPO Official Online Store serta rakan e-dagang rasmi. Promosi ini juga boleh didapati melalui pelan kontrak bersama syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U Mobile.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi OPPO Malaysia ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version