Site icon TechNave BM

Dapatkan OPPO Reno2 dengan harga terbaru RM1,999 – Dilengkapi Snapdragon 730G, RAM 8GB dan storan 256GB

Sementara menunggu pelancaran OPPO Find X2 yang dijadualkan pada 22 Februari ini, OPPO kini hadir dengan berita gembira. Kepada peminat teknologi yang ingin mendapatkan OPPO Reno2, anda kini boleh menyambarnya dengan harga RM1,999.

Sepintas lalu, OPPO Reno2 hadir dengan tetapan kamera quad 48MP, teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 dan bateri 4,000mAh. Dengan prestasi cipset Snapdragon 730G, RAM 8GB dan storan 256GB, anda pasti boleh menjangkakan prestasi peranti yang lancar termasuk dari segi gaming.

Penyesuaian harga ini sebenarnya dilakukan sempena Hari Kekasih semalam. Apa pun, peminat pasti akan mengambil kesempatan untuk membeli OPPO Reno2 dengan harga baru! Untuk melihat ciri teknologi dan spesifikasi OPPO Reno2, anda boleh ke capaian ini atau muat turun aplikasi TechNave.

Adakah anda berminat dengan tawaran ini? Anda boleh mengunjungi Lazada, Shopee atau OPPO Official Online Store untuk pembelian dalam talian. Manakala untuk pembelian secara langsung, anda boleh mengunjungi pengedar sah OPPO atau OPPO Concept Store berdekatan. Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan promosi telefon pintar terkini.

Exit mobile version