Site icon TechNave BM

Dapatkan OPPO Reno5 F serendah RM1 dengan pelan pascabayar Maxis!

Telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno5 telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada minggu lalu dengan harga RM1,199. Walau bagaimanapun, anda kini boleh memiliki telefon tersebut dengan harga RM1 sahaja apabila anda melanggan dengan pelan pascabayar Maxis Postpaid 158.

Pelanggan pelan tersebut akan mendapat data internet sebanyak 80GB sebulan, SMS dan panggilan tanpa had serta perkongsian bersama tiga lagi nombor, di mana setiap nombor perlu membayar sebanyak RM48 sebulan.

Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version