Site icon TechNave BM

Dapatkan peranti percuma apabila anda beli telefon Xiaomi!

Buat mereka yang masih tertunggu-tunggu untuk membeli telefon pintar Xiaomi Mi Note 10 atau Mi Note 10 Pro, sekarang adalah masa yang paling sesuai. Sempena promosi #MiDahGila, pelanggan yang membeli Mi Note 10 akan mendapat sebuah telefon Mi A2 Lite secara percuma, manakala pelanggan Mi Note 10 Pro pula akan mendapat Redmi 7A.

Mi Note 10 merupakan telefon premium yang merupakan telefon pertama dilengkapi kamera lima kanta dengan sensor 108MP. Peranti berharga RM2,099 itu datang dengan spesifikasi RAM 6GB, ROM 128GB dan bateri 5,260mAh. Sebuah lagi varian, Mi Note 10 Pro, datang dengan kamera yang mempunyai kanta 8-piece, RAM 8GB dan ROM 256GB serta dijual dengan harga RM2,499.

Pada masa yang sama, tiga telefon Xiaomi kini dijual dengan harga yang baru. Redmi Note 8 Pro kini berharga RM899 (6GB+64GB) dan RM999 (6GB+128GB). Telefon kedua, Redmi Note 8 pula akan dijual dengan harga RM699 (4GB+64GB) dan RM799 (4GB+128GB).

Satu lagi telefon yang mempunyai harga baru ialah telefon kelas permulaan, Redmi 8, yang kini berharga RM549 (4GB+64GB).

Promosi #MiDahGila serta pertukaran harga di atas boleh didapati di kedai-kedai Mi Store yang sah. Jika anda merancang untuk mendapatkan mana-mana telefon di atas, beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version