Site icon TechNave BM

Dapatkan perlindungan insurans Grab Malaysia dengan membayar hanya RM0.35 / perjalanan

Hari ini, Grab Malaysia telah mengumumkan perjanjian insurans baru yang dipanggil Ride Cover. Menurut laman blog mereka, anda hanya perlu membayar RM0.35 / perjalanan dan jika berlakunya kemalangan semasa perjalanan Grab di Malaysia atau Grab tiba lewat 15 minit, anda layak untuk mendapatkan insurans. Jadi bagaimana ia berfungsi?

Pertama, sekiranya anda mengalami kemalangan kereta dalam perjalanan Grab, anda boleh menuntut sehingga RM100,00 untuk kematian atau hilang upaya kekal. Perbelanjaan perubatan juga dilindungi sehingga RM2000.

Kemudian jika perjalanan Grab anda tiba lewat lebih dari 15 minit, anda akan diberi baucar RM5 percuma dan ianya sah selama enam bulan. Baucar akan datang selepas perjalanan anda selesai.

Untuk mendapatkan Ride Cover, anda hanya perlu log masuk ke aplikasi Grab anda -> klik butang Insurans -> Opt-In Now -> dan akhirnya, sentuh “Got It” untuk menyelesaikan pembelian. Sangat mudah bukan? Walau bagaimanapun, pada masa ini butang Insurans belum boleh digunakan lagi. Anda perlu menyemaknya dari semasa ke semasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh pergi ke halaman rasmi mereka di sini. Selain itu juga, Grab akan memperkenalkan Perlindungan Perjalanan pada 14 Mac setiap kali anda pergi bercuti atau perjalanan perniagaan. Teruskan bersama TechNave BM untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version