Site icon TechNave BM

Dapatkan potongan harga RM200 untuk produk HONOR terpilih sempena Hari Krismas!

Sempena Hari Krismas, HONOR Malaysia akan menawarkan potongan harga sehingga RM200 untuk produk-produk HONOR terpilih termasuklah telefon pintar HONOR 9X Lite, jam tangan HONOR Watch Magic, fon telinga wayarles HONOR Magic Earbuds dan komputer riba HONOR MagicBook 14.

Buat pembaca di Sabah dan Sarawak, anda boleh mendapatkan HONOR Magic Earbuds dengan diskaun sehingga 50% pada 25 hingga 27 Disember di kedai HONOR Experience terpilih. Anda juga boleh membawa pulang pelbagai hadiah jika anda membeli telefon pintar HONOR 9X Lite, HONOR 8S atau HONOR 7S.

Promosi istimewa juga turut diadakan untuk pelanggan di utara Semenanjung, dengan harga diskaun untuk jam tangan HONOR Watch GS Pro dan telefon HONOR 9X.

Berikut adalah senarai penuh produk HONOR yang ditawarkan pada harga diskaun:

ProdukHarga asalHarga diskaunHadiah percuma
HONOR MagicBook 14 (16GB+512GB)RM2,999RM2,799HONOR Backpack, HONOR Scale 2
HONOR Watch MagicRM499RM299Tali jam tangan HONOR Watch bewarna biru
HONOR Magic EarbudsRM499RM299
HONOR Sport Pro RM299RM199
HONOR Powerbank 10,000mAhRM149RM49
HONOR 9XRM849RM799
HONOR 9ARM549RM499
HONOR MagicWatch 2RM749RM699

Layari laman web HONOR Malaysia untuk pembelian serta maklumat lanjut tentang jualan khas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk HONOR sebelum 2021 menjelma dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

Exit mobile version