Site icon TechNave BM

Dapatkan produk HONOR percuma bersama rakan dan keluarga dalam promosi Fantastik Raya Bersama

Bagi menyambut musim perayaan yang bakal tiba, HONOR Malaysia menganjurkan promosi khas Fantastik Raya Bersama di laman web HiHonor daripada 1-24 Mei. Yang menarik adalah tawaran Slash It! Deals di mana pelanggan boleh ‘memotong’ harga sesuatu produk dengan bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial.

Untuk menyertai dalam Slash It! Deals, ikuti langkah berikut:

  1. Cipta dan daftar masuk ke dalam akaun HiHonor anda.
  2. Potong harga produk yang diinginkan untuk memulakan permainan Slash It!
  3. Kongsikannya di Facebook dan jemput sebanyak mungkin rakan untuk membantu anda memotong harga produk itu dalam masa 72 jam.
  4. Apabila bilangan potongan yang diperlukan telah dicapai, anda telah memenangi permainan tersebut.

Tawaran Slash it! Deals hanya akan berlaku dalam tiga tempoh, iaitu 4-6 Mei, 11-13 Mei dan 18-20 Mei. Selain itu, HONOR juga akan menganjurkan jualan kilat setiap Khamis hingga Ahad pada pukul 12 di mana pelbagai produk HONOR akan dijual pada harga istimewa. Produk yang dibeli daripada promosi ini akan disertakan dengan barangan percuma daripada HONOR.

Jika anda mendaftar masuk pada setiap hari sepanjang tempoh Fantastik Raya Bersama, anda akan mendapat mata yang boleh ditebus kepada baucar khas bernilai RM10, RM30, RM50 atau RM100.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli produk HONOR pada musim perayaan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version