Site icon TechNave BM

Dapatkan produk Huawei serendah 60 sen sewaktu ulang tahunnya yang ke-6

Bermula hari ini sehingga Selasa 28 April, Huawei akan menyambut ulang tahun Huawei Online Official Store yang ke-6 dengan menawarkan produk-produk mereka dengan harga serendah RM0.60. Selain itu, bergantung kepada produk Huawei yang anda beli, anda mungkin boleh dapatkan hadiah percuma seperti Huawei M-Pencil, Huawei Band 4, Huawei Body Fat Scale dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendapatkan baucar diskaun sebanyak RM166 dalam laman web rasmi Huawei yang boleh digunakan pada 29 April terhdapa beberapa produk Huawei terpilih seperti Huawei P30, Huawei nova 5T, Mate 30 Pro 5G dan banyak lagi. Selain itu, Huawei juga menawarkan diskaun 16% untuk produk aksesori, bermula serendah RM40.

Jika anda merancang untuk membeli siri Huawei P40, MatePad Pro atau Watch GT 2e, Huawei juga akan menawarkannya dalam harga yang lebih murah atau menyertakan setiap pembelian dengan hadiah percuma. Untuk maklumat lanjut berkenaan ulang tahun Huawei keenam ini, anda boleh lawati laman web rasminya.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk daripada Huawei? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version