Site icon TechNave BM

Dapatkan produk HUAWEI serendah RM7.70 dalam jualan promosi HUAWEI 7.7!

HUAWEI Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas yang akan berlangsung sehingga 7 Julai, di mana para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk HUAWEI pada harga istimewa seperti komputer riba HUAWEI D15 i3, tablet HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci, jam tangan HUAWEI Watch 3 Series dan banyak lagi.

Pelanggan kini boleh mengakses promosi tersebut dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia di Lazada dan Shopee, manakala promosi khas pada 7 Julai nanti akan dianjurkan dalam HUAWEI Online Store. Berikut adalah antara produk HUAWEI yang akan dijual dalam harga diskaun:

ProdukHarga promosi (RM)Harga asal (RM)
HUAWEI P40 ProRM2,999RM3,899
HUAWEI Mate 40 ProRM3,998RM4,299
HUAWEI Mate 30 Pro 5GRM2,499RM4,199
HUAWEI MatePad 10.4RM1,399RM1,499
HUAWEI MatePad T10 2GB+32GBRM499RM799
HUAWEI Watch GT 2eRM399RM599
HUAWEI Watch GT 2RM689RM799
HUAWEI Vision S 55″ TVRM2,799RM2,999

Bermula 7 Julai, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan jualan kilat untuk beberapa produk:

Pelanggan juga boleh mendapatkan baucar RM77 bermula hari ini dan gunakannya untuk membeli dua produk berikut:

Terdapat banyak lagi produk HUAWEI yang ditawarkan pada harga promosi dalam kempen promosi ini, jadi layari laman web HUAWEI Malaysia, Lazada atau Shopee untuk mengetahuinya. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk HUAWEI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version